Saturday, February 2, 2019

PENCEN atau TIDAK?

ok.. sambung balik cerita semalam..
aku teruskan kerja aku sbg guru dgn mengajar subjek lain. Pada mulanya aku fikir  aku stress sbb mgajar subjek F.  So pihak skolah bagi aku ajar subjek lain pula iaitu subjek M.
Aku pun ngajar mcm biasa smpailah hujung tahun.
    Hujung tahun itu aku berkahwin dan tahun berikutnya aku dpt pndah ke sekolah di negeri P. Aku truskan kehidupan aku sbg guru. Pergi pagi balik petang.  Kerja biasa2 saja tanpa ada Passion (org putih kata). Buat kerja stakat melepaskan tggungjwb dgn tiada matlamat utk tgkatkan skill dsbgnya..  Lama- kelamaan setelah berbelas tahun bekerja.. . kebosanan itu dtg balik. .  dan rasa nk bersara makin membuak2..
  Tambahan pula syarat utk pencen awal smuanya dh cukup. Aku suarakan hasrat kpd suami...  dia mcm kurang setuju tp tidaklah menghalang ataupun menggalakkan aku. Maknanya aku perlu buat keputusan sendiri secara bijaksana dgn memikirkan baik buruk serta kesan2 slpas bersara. Ini kerana penjawat awam yg bersara pilihan perlu tunggu sehingga umur 55 tahun baru boleh dpt pencen bulanan. Jadi sementara menunggu umur 55 iaitu 13 tahun lagi.. .. aku perlu berjimat dgn duit ganjaran yg diperolehi sambil melakukan kerja lain ( spt berniaga).
  Sekarang aku masih berfikir. . dan mengintai peluang berniaga. .. Aku berharap agar  dpt keluar drp kemelut kebusanan kerja ini secepat mungkin. Aku dah x mampu bergelumang dgn kerja yg x menyeronokan ini.
   

PENCEN atau TIDAK ? (1)

Assalamualaikum semua.. selamat malam. .
Terlebih dahulu aku nk bgtau yg aku merupakan seorang guru yang telah pun berkhidmat hampir 19 tahun.
Kerjaya aku memberikan kehidupan yang agak selesa kpd keluarga walaupun tidak kaya raya. Namun akhir-akhir ini aku makin merasa hilang minat utk meneruskan kerja aku sbgai cikgu ini.
Lebih baik aku berterus terang..  sebenarnya pada tahun pertama perkhidmatan aku lagi. .. aku dh dpt rasakan jiwa aku tiada dlm profesion ini, namun aku teruskan juga kerana aku perlukan wang utk meneruskan hidup. Selain itu juga,aku tidak nmpak kerja lain yg dpt dilakukan.
     Pada tahun kedua perkhidmatan, aku mula rasa tertekan...dan sampailah satu tahap aku dh x dpt mengawal tekanan...  seterusnya aku melarikan diri ke rumah adikku yang bekerja kilang di Penang.
Aku bertekad utk bekerja kilang  bersama adikku di Penang.  Ibubapaku sangat kecewa dengan aku. Seminggu aku disana. Abangku yang juga bekerja di sana datang memujuk meminta aku pulang ke kampung. Untuk pengetahuan korang, aku berkhidmat di sebuah skolah diselatan tanah air. Disebabkan rasa kasihan kpd abang yang serba salah antara aku dan mak di kampung.... akhirnya aku puang ke kampung.
   Selepas 2 hari aku pulang ke kg, mak ayah aku menaiki bas ekspress pergi ke skolah tmpat aku mngajar utk berjumpa pengetua...(apa yg mrk bincang aku x pasti).
Mereka mungkin merayu agar pgtua tidak mgambil tndakan tatatertib di atas tndakan aku melarikan diri...
   Aku keliru, sedih (krn menyusahkan ibu ayah).... tp dlm masa yg sama aku stress krn tiada siapa yg faham aku...
(Aku x ada jiwa sbg seorang guru.)
     Akhirnya akublk smula ke skolah dgn berat hati...dan juga krn x nk mak ayah aku kecewa(wpun mrk sbnarnya mrk mgkin dh kecewa dgn tndakan aku). Aku tabahkan hati. .. cari kekuatan.. buat semampu yg boleh wpun x minat...  . to be continue...  .

bawa budak main bowling MSSD KU

30 Jan 2019 9.30-5.30 ptg. 
Fuh.... penat tapi best skali skala kluar drp kerja rutin. 













Friday, January 22, 2010

celebration

Assalamualaikum w. b. t. 

Hari ni adalah cuti sempena Tahun Baru Cina.  Jadi kita keluar sekejap pagi ni jalan2 kasi berpeluh sikit. 
Duk dalam rumah asyik main gajet jer. Not so good for your health. 

Keluar tengok pokok2 menghijau, hirup udara segar lagi bagus. 














senaman pagi 2Feb 2019..school holiday CNY
Plan asal nk blk kg dah kelaut.  so kita jalan2 keliling bekas lombong Tg Rambutan.